MESIR - senior g7 kita Mohd Saif Jamaluddin, telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Ain Sokhnah. Seorang daripada 5 telah pulang ke Rahmatullah dan yang 3 lagi dalam keadaan kritikal. Saif telah dilaporkan selamat dan sekarang dalam keadaan stabil. Laporan mengatakan mereka semua dalam perjalanan pulang dari ain sokhnah untuk survey dan membuat tempahan tempat rehlah.
Semua yang terlibat adalah ajk program rehlah gen6 kaherah yang akan diadakan selepas selesai ujian lisan. Pagi sebelum kemalangan, mereka baru selesai ujian bertulis. Dalam perjalanan pulang kereta mereka terbabas dan ada yang tercampak keluar.
Semua yang terlibat adalah ajk program rehlah gen6 kaherah yang akan diadakan selepas selesai ujian lisan. Pagi sebelum kemalangan, mereka baru selesai ujian bertulis. Dalam perjalanan pulang kereta mereka terbabas dan ada yang tercampak keluar.
Ini info dari website pelajar perubatan mesir malaysia:
Sedikit makluman terkini berkenaan kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah. Kelima-lima pelajar ini ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Ain Sokhna. Pelajar-pelajar yang terlibat :
1. Mohamad Saif Bin Jamaluddin (Tahun 2)
-dalam keadaan stabil
2. Abdul Rahman Bin Ramdzan (Tahun 3)
-masih kurang stabil
3. Muhammad Akram Bin Abd Kadir (Tahun 3)
-masih kurang stabil
4. Muhamad Fitri Bin Tokiran (Tahun 3)
-dalam keadaan stabil
5. Muhammad Ammar Bin Zulkifli (Tahun 3)
- telah pulang ke Rahmatullah
Kelima-lima pelajar tersebut telah dihantar terus ke bahagian kecemasan Hospital El-Arab Suez. Setelah itu, Jenazah Ammar akan diambil oleh pihak kedutaan, manakala baki keempat-empat pelajar sedang dipindahkan ke hospital Faransawi, Kasr El Ainy dan insyaAllah tiba di sini pagi ini.
Saya merayu kepada semua para pelajar PERUBATAN, di Kaherah mahupun di semua cawangan-cawangan yang lain, tidak kira di manapun anda berada, buatlah solat hajat dan doakanlah kesejahteraan kepada mereka khususnya kedua-dua pelajar yang masih tidak stabil.
same2 la doakn utk dieorg...
No comments:
Post a Comment